Wednesday 10 September 2014

Memancing di Jambatan Kuala Besut











PARA KAKI PANCING boleh mencuba untuk memancing di Jambatan Kuala Besut khabarnya habuan memancing di jambatan ini juga berbaloi. Jadi rugilah kaki-kaki pancing kalau tak memancing di jambatan Kuala B
Bagi mereka yang tidak tahu di manakah lokasi Jambatan Kuala Besut, ia sebenarnya terletak di dalam daerah Besut, sebuah daerah yang berada di dalam negeri Terengganu. Kaki pancing juga boleh melihatnya di wikimapia.org di sini.

Bagi kaki-kaki pancing yang telah pergi ke sana pasti mereka membawa balik satu pengalaman yang amat menarik dan bermakna bagi mereka yang bergelar kaki pancing. Ikan di sini di katakan besar-besar juga, jadi kepada kaki pancing yang belum pernah menjadikan Jambatan Kuala Besut sebagai 'port' memancing jadi jangan tunggu lama-lama lagi, Jambatan Kuala Besut sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.

Menurut maklumat yang KakiPancing4u terima, lazimnya kaki pancing akan datang membawa 'alat-alat perang' mereka selepas waktu isyak setiap hari, dan bilangan kaki pancing akan bertambah pada setiap cuti umum atau cuti minggu.

Pengalaman memancing di Jambatan Kuala Besut merupakan satu pengalaman yang menarik dan wajarlah kaki pancing dari seluruh negara merasai nikmat memancing di sini. Jadi mungkin Jambatan Kuala Besut akan menjadi 'port baru' untuk para kaki pancing jadi apa tunggu lagi.


Sumber 

More Fishing Stories:  http://Gofishtalk.com

No comments:

Post a Comment