Sunday 15 June 2014

Samsung Galaxy S5 Fokus Pada Apa Yang Penting Kepada Pengguna

samsung galaxy s5 poster Samsung Galaxy S5 Fokus Pada Apa Yang Penting Kepada Pengguna
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Peneraju telefon pintar dunia, Samsung hari ini telah melancarkan satu lagi siri telefon pintar terbarunya. Jika sebelum ini aku dijemput menghadiri pelancaran Samsung Galaxy Note 3 di Sunway Pyramid Convention Centre, kali ini aku dijemput lagi untuk pelancaran Samsung Galaxy S5, satu lagi siri Galaxy S yang yang bakal menawan hati pengguna telefon pintar. Majlis pelancaran generasi ke 5 siri galaxy S ini telah berlangsung di Hotel Pullman Bangsar.
media yang hadir Samsung Galaxy S5 Fokus Pada Apa Yang Penting Kepada Pengguna
antara media yang hadir
air kelapa Samsung Galaxy S5 Fokus Pada Apa Yang Penting Kepada Pengguna
welcome drink
<abbr title=”Samsung Galaxy S5″>GS5</abbr> dicipta dengan memfokuskan kepada apa keperluan pengguna masa kini. Ciri-ciri utama GS5 ini mengambil kira kegunaan harian dan gaya hidup pengguna.
GS5 menggabungkan ciri-ciri kamera yang advance, sambungan rangkaian yang laju, alat ukur kecergasan, dan perlindungan peranti yang lebih advance.
Antara 5 perkara yang ditekankan disamping fungsi-fungsi komprehensif yang lain ialah:
1. Merakamkan detik penting
Antara ciri-ciri penting yang menjadikan telefon pintar satu keperluan masa kini ialah ciri kamera yang ada padanya. Ini adalah penting untuk pengguna merakamkan detik berharga dalam hidup mereka dengan hanya menangkap gambar.
Kamera Samsung Galaxy S5 ini memang hebat. Ciri-cirinya memang terkehadapan berbanding pesaingnya. Dibekalkan dengan kamera 16 megapixel, GS5 memudahkan pengguna untuk mengambil, mengedit dan berkongsi gambar tersebut dengan rakan-rakan.
Kamera pada GS5 ini mempunyai kelajuan autofocus sehingga 0.3 saat dan dibekalkan dengan fungsi<abbr title=”High Dynamic Range”>HDR</abbr>.<dfn title=”Samsung Galaxy S5 yang telah berada di pasaran. Harga Samsung Galaxy S5 ialah RM2,399″>Ia</dfn> juga mempunyai kebolehan seperti kamera DSLR iaitu ia mampu menangkap dan fokus pada objek pilihan dan menjadikan latar belakangnya kabur. Kebolehan ini tiada pada peranti pintar yang lain setakat ini.
2. Meneroka sambungan (connection) yang terpantas
GS5 ini mampu menerima sambungan internet yang lebih maju. Ia menawarkan sambungan LTE dan WiFi yang laju untuk sebarang kegunaan.
Disokong oleh generasi ke-5 WiFi 802.11ac dan 2X2 MMO, ia amat sesuai untuk pengguna yang mementingkan kelajuan internet. Ia juga mempunyai ciri khas iaitu Download Booster, satu teknologi WiFi yang inovatif untuk menambahkan kelajuan data dengan menggabungkan WiFi dan LTE secara serentak. Dengan ini tidak kira kemana sahaja pengguna GS5 ini pergi, mereka akan mendapat sambungan internet yang laju.
3. Jadilah pengguna yang lebih sihat dan aktif
GS5 ini juga dibekalkan dengan S Health 3.0 yang membolehkan penggunanya mempunyai kehidupan yang sihat. Ia mengandungi pengesan kecergasan peribadi untuk menolong pengguna mengawal tabiat mereka. Ada juga fungsi Pedometer, Rekod Pemakanan dan Senaman, dan Sensor Kadar Denyutan Jantung.
Ia akan menjadi lebih komprehensif jika dipadankan dengan produk daripada Samsung Galaxy Gear seperti Samsung Galaxy Gear dan Samsung Galaxy Fit.
4. Bentuk yang modern dan menarik
GS5 ini mempunyai rekabentuk yang modern mengikut trend semasa menjadikannya tarikan kepada pengguna. Ia mempunyai cover pada bahagian belakang yang berlubang. Kenipisan dan bentuk berkonturnya dan didatangkan dengan warna seperti Charcoal Black, Shimmery White, Electric Blue dan Copper Gold menambahkan lagi kesempurnaan GS5 ini.
5. Perlindungan Penting Peranti
Ia adalah peranti pintar yang tahan habuk dan air. Ia selamat jika terkena air dan habuk. Namun jika terendam di dalam air dalam jangkamasa yang agak lama, ia tidak akan dapat bertahan.
Ia mempunyai fungsi cap jari di mana ia akan meningkatkan keselamatan peranti semasa membuat transaksi pembayaran di atas talian menggunakan peranti.
Satu lagi fungsi yang mengujakan ialah fungsi Ultra Power Saving Mode. Jika pengguna ingin menjimatkan bateri peranti pintar ini, hanya perlu mengaktifkan fungsi tersebut. Ia akan menukarkan secara automatik paparan kepada hitam putih, dan menutup semua ciri-ciri dan fungsi-fungsi yang menggunakan kuasa bateri yang banyak.
Samsung Galaxy S5 akan berada di pasaran malaysia daripada 11 April 2014 ke atas di Telco-Telco pilihan seperti Celcom, Digi dan Maxis dan di semua kedai peranti mudah alih. Harga yang ditawarkan untuk GS5 ini ialah RM2,399.
Tawaran daripada Telco juga harus diambil kira. Biasanya jika pakej yang disediakan oleh Telco tempatan dipilih, harganya mungkin akan menjadi lebih murah. Cuma ia akan didatangkan dengan kontrak. Lawatilah Telco pilihan anda sekarang untuk meneliti harga dan syarat-syarat kontrak yang dikenakan.
Turut dilancarkan pada majlis tersebut ialah Samsung Galaxy Gear generasi ke-2 dan Samsung galaxy Fit.
mencuba samsung galaxy fit Samsung Galaxy S5 Fokus Pada Apa Yang Penting Kepada Pengguna
Samsung Galaxy S5 memang hebat jika digandingkan dengan Samsung Galaxy Fit
Untuk informasi yang lebih lanjut, anda boleh lawati laman web samsung dan fanpage Samsung Mobile Malaysia.


No comments:

Post a Comment