Saturday 21 June 2014

-Medan Ikan Bakar Sabak Awor-



MEDAN Ikan Bakar Sabak Awor, Muar sememangnya destinasi yang semakin popular jika berkunjung ke daerah Muar yang boleh menarik pelancong baik dalam dan luar negara. Entri kali ini, penulis ingin berkongsi mengenai salah satu destinasi pelancongan yang kian popular sebagai tempat untuk bertemu dengan 'Ikan Bako' asli yang hanya terdapat di dalam daerah Muar


                                                        Gambar: Menara peninjau di Medan Ikan Bakar Sabak Awor


Lokasinya yang tidak jauh dari bandar Muar dan yang agak terpencil. Jika pengunjung yang ingin berkunjung ke Medan Ikan Bakar ini, perjalanan lebih kurang 45 minit dari Bandar Melaka dan hanya 10 minit daripada Bandar Muar dengan melalui Lebuhraya By Pass Muar (AMJ) dan Jalan Bakariah, Muar. Medan Ikan Bakar Sabak Awor terletak di persisiran Sungai Muar. Pengunjung akan berpeluang merasa angin laut daripada Selat Melaka yang sepoi-sepoi bahasa.


                                                  Gambar: Antara makanan laut yang di hidangkan


Kedudukannya di kawasan yang agak terpencil di pangkalan nelayan di pinggir bandar Muar tidak menjadi penghalang medan ikan bakar Sabak Awor, Muar dikunjungi orang ramai. Walaupun hidangan ikan bakar bersama nasi biasa atau nasi lemak panas yang dilapisi daun pisang boleh didapati di banyak lokasi lain di daerah ini, termasuk di Melaka yang hanya terletak kira-kira 45 minit perjalanan, ikan bakar Sabak Awor tetap ada peminatnya. Malah, hanya melalui cerita dari mulut ke mulut, keistimewaan ikan bakar itu saban hari menarik ramai pengunjung terutama pada cuti hujung minggu. 


                                                   Gambar: Antara makanan laut yang dihidangkan


Seperti Kompleks Perkampungan Ikan Bakar Umbai, Melaka, kawasan ini sebenarnya berpotensi muncul sebagai perkampungan ikan bakar terkenal di dalam negeri Johor amnya, dan daerah Muar khususnya jika dibangunkan secara terancang, dengan syarat ia mengenalkan keistimewaannya yang menggunakan ikan segar dengan harga yang amat berpatutan dan mampu dinikmati semua golongan masyarakat. Menyedari keistimewaan ikan bakar Sabak Awor, Majlis Perbandaran Muar (MPM) mewujudkan sebuah kompleks ikan bakar bagi menggantikan gerai sedia ada berhampiran jeti itu.


                                                  Gambar: Lebuhraya Muar Bypass (AMJ) 
Sememangnya, Medan Ikan Bakar Sabak Awor ini bakal menjadi mercu tanda bagi daerah Muar dan negeri Johor. Mungkin juga bakal menjadi destinasi popular di dalam Malaysia kepada penggemar makanan laut yang segar.

Credit to: Google


Sumber

No comments:

Post a Comment