Wednesday 14 May 2014

Chalet di Terengganu


 

Pelancong yang ingin menikmati percutian di negeri hitam putih iaitu Terengganu tidak perlu risau akan tempat penginapan mereka kerana selain daripada resort,homestay dan hotel, chalet turut disediakan di sana. Antara chalet yang boleh dijadikan pilihan termasuklah Chalet Teratak SamuderaKita yang beralamat di Lot 2868-C Jalan Pantai Batu Rakit, Kg Pengkalan Maras, 21020, Kuala Terengganu dan Pak Haji Abdullah’s Challets yang terletak di Pulau Duyung. Chalet Teratak SamuderaKita menyediakan 5 buah bilik yang selesa untuk 2 orang sebilik, tetapi boleh memuatkan maksimum 5 orang sebilik. Selain menyediakan banyak kemudahan, chalet ini menawarkan kadar bayaran RM80 untuk semalam penginapan bagi sebuah bilik. Manakala bagi anda yang berminat untuk tinggal menetap sementara di Pak Haji Abdullah’s Challets, anda bolehlah menghubungi Haji Abdullah di talian (6)09- 623 2072 untuk keterangan lanjut.
Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai chalet di Terengganu, sila layari laman berikut:
1) http://samuderachalet.blogspot.com/
2) http://www.journeymalaysia.com/islandduyunghaji.htm


Hotel Seri Malaysia Terengganu
Hotel Seri Malaysia merupakan tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat penginapan anda ketika bercuti di sini. Hotel ini bertaraf 3 bintang serta mempunyai 3 aras. Tempatnya yang strategik di tepi sungai Terengganu pasti memikat hati anda. Jika anda dari stesen bas MPKT, ianya hanya mengambil masa selama 5 minit untuk sampai ke sini. Hotel Seri Malaysia yang terletak di pusat Marang di Kampung Paya menghadap pemandangan Laut China Selatan. Hotel ini menawarkan Wi-Fi percuma, restoran, kolam renang luaran dan tempat letak kenderaan yang percuma. Bilik-bilik tetamu pula berhawa dingin serta dilengkapi dengan TV, bar mini dan pembuat teh/kopi. Perkhidmatan bangun tidur dan kemudahan-kemudahan bilik mandi turut disediakan selain mempunyai perkhidmatan dobi dan kemudahan jamuan. Aktiviti-aktiviti termasuk luncur angin snorkeling, dan memancing. Café Lubuk Mandi yang terdapat di hotel tersebut menghidangkan pelbagai hidangan tempatan dan Barat.

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut berkenaan Hotel Seri Malaysia di Terengganu, sila layari laman berikut:
1) http://ickaa-swift.blogspot.com/2010/09/hotel-seri-malaysia-terengganu.html
2) http://www.booking.com/hotel/my/seri-malaysia-marang-terengganu.ms.html



Sumber

No comments:

Post a Comment