Semangkuk sup panas boleh menghangat badan dan menceriakan anda.

SUP LENTIL DENGAN CENDAWAN

Sup Lentil dengan Cendawan
Waktu persediaan:
20 minit
Waktu memasak: 30 minit                                                                                                                                                
Saiz hidangan: 4

Bahan-bahan:
  • 15 ml minyak zaitun
  • 1 biji bawang besar, dikupas dan dicencang halus
  • 250g hirisan daging atau ayam yang diasap
  • 2 ulas bawang putih, dikupas dan dicencang
  • Segenggam parsli, dicencang
  • 150g cendawan butang, dibelah empat
  • 250g lentil untuk sup pilihan anda, dicuci
  • 1 sebatang daun saderi, dihiris
  • Air rebusan
  • Lemon secukup rasa
  • Daun pudina secukup rasa
Cara memasak:
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk tebal dengan api sederhana. Tumiskan bawang besar, saderi, hirisan daging atau ayam[NoA2] , bawang putih dan parsli.
2. Tumis dengan perlahan selama 5 minit sebelum memasukkan cendawan. Kemudian tumis selama 5 minit lagi.
3. Masukkan lentil dan tuang air stok cukup untuk meliputinya. Biar mereneh selama 30 minit.
4. Masukkan perisa ke dalam sup dan sedikit perahan jus lemon dan pudina secukup rasa.
5. Hidangkan dengan roti dan keju cheddar untuk makan malam yang mengenyangkan.
 
SUP KACANG SEPANYOL DAN CHORIZO

Sup Kacang Sepanyol dan Chorizo
Waktu penyediaan:
20 minit
Waktu memasak: 1.5 jam
Saiz hidangan: 4-6

Bahan-bahan:
  • 250g kacang borlotti, direndam semalaman
  • 30ml minyak zaitun
  • 1-2 biji bawang besar bersaiz sederhana, dikupas dan dicencang
  • 400g ubi kentang, dikupas dan dibelah kecil,
  • 100g kubis, dimayang
  • 1 liter air rebusan ayam atau sayur-sayuran
  • 2 sosej chorizo (kira-kira 200g), dipotong bulat
  • Garam laut dan lada hitam secukup rasa
  • Paprika
 
Cara memasak:
1. Tos dan cuci kacang dan masukkan ke dalam periuk besar.
2. Didih dengan air yang secukupnya. Kaup sebarang buih daripada sup menggunakan sudu berlubang.
3. Kecilkan api dan reneh selama 30 mini sehingga masak, tetapi jangan terlalu lembik. Tos dan ketepikan.  
4. Panaskan semula periuk dengan api sederhana dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang besar, ubi kentang dan kubis. Tambahkan perisa secukupnya.
5. Masukkan kacang dan air rebusan dan masak selama 30 minit lagi. Masukkan sosej chorizo pada 10 minit terakhir.
6. Cedok ke dalam mangkuk dan hidangkan dengan taburan paprika dan secubit garam dan lada hitam.


Sumber