Saturday 14 September 2013

Man Memerang arif di Taman Negara

 

Oleh Osman Lisut

Man Memerang
Man Memerang














CAKAP saja lubuk mana ada kelah di Taman Negara Pahang, beliau memang cekap dan arif mengenainya. Daripada menjejaki lubuk, umpan dan keadaan paling sesuai untuk memancing si Raja Sungai, semuanya di dalam kepala tekong muda ini.
CAKAP saja lubuk mana ada kelah di Taman Negara Pahang, beliau memang cekap dan arif mengenainya. Daripada menjejaki lubuk, umpan dan keadaan paling sesuai untuk memancing si Raja Sungai, semuanya di dalam kepala tekong muda ini.

Mohd Mahathir Abdullah Zaini yang juga mendapat nama Man Memerang mewarisi pengalaman daripada bapanya yang juga seorang pemandu bot pelancong di Kuala Tahan, amat memahami tabiat si kelah terutama di sepanjang Sungai Keniam.

Tidak hairanlah, bot beliau sering disewa pemancing, bukan saja untuk memancing kelah, malah untuk beriadah di sekitar Taman Negara terutama pada musim cuti.


Menurutnya, memancing kelah bukanlah sukar seperti disangkakan kerana ilmu yang diwarisi daripada bapanya memudahkan untuk menewaskan ikan berkenaan.

“Selalunya tekong tidak dibenarkan memancing, sebaliknya membawa penumpang ke lokasi dan kembali ke tapak perkhemahan. Bagaimanapun, saya memperturunkan tips untuk menjinakkan kelah kepada mereka yang menyewa bot, termasuk penggunaan tali, mata kail dan umpan yang sesuai.

Man berkata, sebelum ke lokasi memancing, beliau akan menjelaskan secara terperinci mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berada di Taman Negara Pahang, termasuk larangan membawa pulang jumlah yang banyak spesies dilindungi itu.

Beliau berkata, selalunya trip menjejak kelah ke Sungai Keniam tidak pernah menghampakan, ada saja pemancing berjaya menikmati keenakannya.

“Kebiasaannya apabila buah ara masak adalah waktu paling sesuai untuk memburu kelah. Sebelum memancing saya dan juru arah menabur buah kelapa sawit yang diperam seminggu di lubuk yang dikenal pasti bagi memastikan kelah berkumpul sebelum keesokannya pemancing akan datang di kawasan berkenaan.

“Kalau hendak merasai keenakan isinya, tekong akan mencari seekor dua untuk dibuat lauk pada malam pertama trip. Ia sebagai penarik supaya trip itu kita tidak pulang tangan kosong, sekurang-kurang memakan kelah di dalam hutan,” katanya.

Mereka yang ingin merasai pengalaman menjejak kelah Sungai Keniam Kecil boleh menghubungi 017-9048345.



Sumber

No comments:

Post a Comment