Sunday 22 September 2013

Hotel sedia pelbagai tawaran untuk kaki pancing

 

Terkenal dengan jolokan ‘Destinasi Antarabangsa Sukan Memancing Layaran’, Rompin bagaikan syurga buat kaki pancing.
Menyedari keistimewaan Rompin dan juga tarikannya, Hotel Seri Malaysia Rompin punya pelbagai tawaran buat pengunjung khusus kepada si kaki pancing.
Hotel Seri Malaysia Rompin terletak di sempadan negeri Johor dan Pahang dengan jarak 160 kilometer dari bandar Kuantan serta mengambil masa lebih kurang lima jam dari Kuala Lumpur.

Menawarkan 50 bilik dengan pelbagai kemudahan lain seperti kolam renang, bilik solat, perkhidmatan dobi serta kawasan untuk riadah, Hotel Seri Malaysia Rompin juga tidak melepaskan peluang menawarkan pakej memancing khusus untuk kaki pancing.

FotoSANTAI di tepi kolam renang pasti mendamaikan.
 
FotoBILIK keluarga yang luas dan selesa.
 
FotoKETENANGAN menanti di Hotel Seri Malaysia Rompin.

Bersesuaian dengan jolokan Rompin sebagai destinasi memancing, Pakej Kelong yang tawarkan serendah dari RM275 seorang untuk 3 hari 2 malam cukup berbaloi.

Selain memancing, udang galah yang menjadi mercu tanda daerah Rompin sudah cukup menggambarkan ia adalah syurga makanan laut yang sememangnya destinasi tepat buat anda penggemar makanan laut.

Rompin juga menawarkan pelbagai aktiviti termasuklah aktiviti lasak seperti pacuan empat roda, ‘jungle tracking’ serta berbasikal ke perkampungan Orang Asli.

Pihak Hotel Seri Malaysia Rompin juga menawarkan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi buat anda yang menginap seperti Taman Negara Endau-Rompin yang cukup terkenal dengan keindahan semula jadi meliar dan fauna hutan hujan tropika yang tertua di dunia.

Dengan harga pakej serendah RM350 seorang untuk 3 hari 2 malam, anda pastinya berpuas hati dengan apa yang ditawarkan.

Hotel Seri Malaysia Rompin juga hanya 500 meter dari Jeti Tanjung Gemok untuk ke Pulau Tioman yang sememangnya terkenal dalam kalangan peminat sukan selam skuba.

Dengan keunikan kawasan semula jadinya, hotel ini juga sesuai dijadikan tempat kakitangan kawasan berkursus atau seminar yang boleh memuatkan sehingga 250 orang dalam satu masa.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah menghubungi Hotel Seri Malaysia Rompin di talian 09-413 2723. Pihak hotel juga menerima tempahan secara berkumpulan.



Sumber

No comments:

Post a Comment