Tuesday 3 September 2013

Asas2 Memancingan Pantai

 


Salam sejahtera.
Sebenarnya tiada peralatan khusus untuk memancing di pantai. Namun demikian, untuk mempelbagaikan tangkapan ada baiknya kita menyediakan diri dengan peralatan-peralatan pancingan yang menjadi kegunaan pakar-pakar pancing pantai yang saban kali dapat memikat ikan-ikan besar yang bermain agak jauh dari pantai. Dengan itu ingin saya berkongsi beberapa asas yang boleh dijadikan panduan untuk memancing di pantai.

Joran

Eloklah menggunakan joran sekitar 12 kaki hingga 13.5 kaki. Saiz ini tidak terlalu panjang atau terlalu pendek dan lazimnya agak mudah untuk dikawal. Pilih lah joran yang bahagian tengahnya agak mudah untuk dilentur supaya ketika membuat lontaran umpan dan ladung ia akan membuat lontaran yang lebih jauh kerana kadar kompresi yang tinggi. Ia juga membantu ketika berlawan dengan ikan yang besar seperti pari. Jenis joran terpulanglah kepada kemampuan anda. Tidak semestinya joran yang murah harganya tidak dapat melawan ikan yang besar.

zziplex

Kekili

Ada dua jenis kekili yang sering digunakan oleh pemancing pantai. Yang mampu dan yang sudah biasa dengan kekili mendatar atau multiplier, lebih suka menggunakan kekili jenis ini kerana saiznya yang kecil dan ringan tetapi mampu untuk membantu membuat lontaran yang jauh. Tetapi untuk menggunakan kekili jenis ini latihan perlulah diadakan supaya akan lebeh selesa menggunakannya di apa jua keadaan. Carilah kekili mendatar yang mempunyai ‘magnetic brake’ supaya dapat membantu kawalan tali keluar ketika lontaran dibuat. Ini akan menggurangkan kejadian ‘birdnest’.

6500c3ctmag 6500c3ctsports abugarcia

Kekili ‘spinning’ juga mampu melontar jauh tetapi selalunya perlu menggunakan kekili yang agak besar saiznya. Untuk memilih kekili sebegini elok lah kita memilih kekili yang mempunya ‘long spool’ supaya lebih banyak tali boleh dimasukkan dan akan menjadi lebih effisyen untuk tali keluar ketika lontaran dibuat.

surf-spinning-reel

Tali

Tali berdiameter yang sesuai perlulah diperkenakan dengan kekili. Lazimnya tali berdiameter 0.30mm – 0.35mm adalah sangat sesuai untuk memancing di kebanyakan pantai. Namun sekiranya memancing di pantai yang berbatu ada baiknya ‘shock leader’ bersaiz 0.60mm-0.70mm disambung kepada tali utama. Ia akan dapat menahan geseran kepada batu-batu ketika menarik ikan gergasi atau ikan-ikan yang aggresif. Perlu diingat, jika kesan geseran sangat tinggi ‘shock leader’ ini perlu diganti dengan serta merta. ‘Shock leader’ juga berguna kepada pelontar-pelontar yang aggresif dan ia akan mengawal lontaran supaya tali tidak putus dengan senangnya ketika desakan lontaran yang kuat atau desakan ikan yang kuat.

schockleaderting2
ikatan ‘shock leader’



       
Batu Ladung

Batu ladung adalah antara aksesori yang penting ketika memancing di pantai. Ia membantu kita melontar umpan kita dengan lebih jauh di samping dapat meletak (anchor) umpan kita disasaran yang kita mahukan. Namun begitu perlulah kita sesuaikan batu ladung ini dengan joran yang kita pakai. Sekiranya kita menggunakan joran yang lembut maka adalah tidak sesuai untuk kita kenakannya dengan batu ladung yang besar lagi berat.
Di dalam sukan memancing pantai ini kebanyakkan pemancing yang berpengalaman akan menggunakan batu ladung jenis lonjong yang berbentuk seperti peluru. Saiznya juga adalah di antara 100gram ke 125gram.  Apabila keadaan arus agak laju, lazimnya pemancing-pemancing ini akan menggunakan batu ladung yang terlekap dibadannya dawai-dawai tahan karat. Dawai-dawai ini dapat menanam diri didasar laut dan membantu supaya umpan yang dilontar tadi tidak hanyut menyilang tali rakan pemancing berdekatan mahupun hanyut kepantai dipukul ombak.
Namunbegitu, oleh kerana harga batu ladung seperti yang tertera di bawah ada yang mahal harganya, terpulanglah kepada kita untuk menilainya. Ada baiknya juga kita simpan dalam stok yang kecil batu-batu ladung yang mahal ini seandainya kita amat memerlukannya. Saranan saya jika boleh janganlah digunakan di pantai yang penuh dengan batu karang kerana jika ia putus sedih juga kita lihat pelaburan kita hilang begitu saja.
Dipantai-pantai yang penuh dengan karang barangkali kita boleh lebih inovatif ia itu gunakan palam pencucuh yang terpakai yang boleh didapai dengan mudah dbengkel-bengkel kenderaan. Simpanlah saiz-saiz yang sesuai untuk kegunaan kita.
Satu aspek yang sangat penting untuk diberi perhatian ialah jangan membiarkan batu-batu ladung bersepah di rumah terutama sekali jika kita mempunyai anak-anak yang kecil kerana kita bimbang mereka akan memasukan kedalam mulut mereka. Bahan timah (lead) ini mungkin ada bahan-bahan toksik yang merbahaya.

Jenis-jenis batu ladung
breakaway-sinker1 gripsinker1 swivelsinker teaedropsiker



Perambut

Mungkin masih tidak terlambat untuk mengucap Salam Ma’al Hijra kepada umat Islam dan juga Selamat Tahun Baru kepada semua.
Untuk bersambung topik Asas Pancingan Pantai, kini saya cuba ketengahkan suatu aspek yang agak penting dalam sukan memancing di pantai ia itu perambut.
Perambut-perambut yang akan diilustrasikan di sini merupakan perambut yang lazim digunakan oleh pemancing-pemancing pantai yang berpengalaman. Namun begitu ini tidak bermakna perambut yang digunakan ini menjanjikan tangkapan yang besar lagi lumayan. Ia adalah perambut yang bersesuaian dengan cara memancing dan peralatan yang digunakan. Jika dilihat dari ilustrasi berikut, perambut-perambut yang digunakan pemancing pantai ini membantu pemancing membuat libasan/lontaran joran-joran pantai yang rata-rata panjang dengan lebih kuat untuk dapat menempatkan umpan seberapa jauh yang boleh atau di lokasi yang pemancing merasakan adalah laluan ikan. Lazimnya laluan-laluan ini juga agak jauh ke tengah.
Jika diamati, penggunaan baitclip atau cangkuk kecil akan meminimakan tercabutnya umpan-umpan yang lembut seperti udang atau isi ikan yang dipotong ketika libasan/lontaran dibuat.
Untuk membuat perambut-perambut ini bahan-bahan seperti tali perambut, saiz mata kail dan cili (swivel) terpulanglah kepada pemancing itu sendiri. Ada pemancing yang suka menggunakan tali perambut yang lebih kecil diameter tali perambutnya dan ada yang suka menggunakan tali perambut yang bersaiz besar. Begitu juga dengan pilihan mata kail. Ilustrasi di bawah adalah contoh sahaja. Namun demikian, pemancing boleh membuat modifikasi mengikut kepandaian dan selera masing-masing.
Seterusnya jenis-jenis perambut pancingan pantai.
 
Flapper rig
Lazimnya digunakan untuk memikat ikan-ikan yang lebih kecil tanpa perlu melontar umpan terlalu jauh.


2hookflapperl2































































Pulleyrig
Pemancing pantai lazimnya memanggilnya big game rig kerana ingin melontar umpan jauh ke tengah dan memikat ikan-ikan seperti pari atau ikan-ikan yang bersaiz besar.


rigpuleypenell2

























Up and Over
Pemancing pantai lazimnya memanggilnya big game rig kerana ingin melontar umpan jauh ke tengah dan memikat ikan-ikan seperti pari atau ikan-ikan yang bersaiz besar.


upandover3






















































2 Hook Clip rig
Bila pemancing pantai ingin melontar umpan jauh ketengah.









































2hookcliplrg3



















Selamat memancing

Dihasilkan oleh Twelvefooter

No comments:

Post a Comment