Monday 5 August 2013

Bawa tasbih setiap kali memancing

Oleh Nuri Angkasa

RASANYA sangat baik jika pemancing yang beragama Islam sentiasa membawa tasbih semasa turun memancing terutama ketika di laut, tasik atau tebing sungai. Apatah lagi kepada mereka yang terpaksa bermalam untuk beberapa hari serta berkhemah.
RASANYA sangat baik jika pemancing yang beragama Islam sentiasa membawa tasbih semasa turun memancing terutama ketika di laut, tasik atau tebing sungai. Apatah lagi kepada mereka yang terpaksa bermalam untuk beberapa hari serta berkhemah.

Kekuatan semangat melalui zikir dapat disempurnakan semasa ruang tidak diganggu ikan yang memburu umpan. Namun beberapa terjemahan lain yang banyak tercatat dalam hadis nabi besar Muhammad (SAW), zikir adalah azimat ketenangan jiwa dan menghalau hantu syaitan serta mendapat pahala dari Allah.

Justeru adalah baik jika semua pemancing beragama Islam dapat melakukan kebaikan ini setiap kali turun memancing. Membawa bersama seutas tasbih semasa turun memancing tidak bermakna mengangkat diri sebagai seorang ustaz atau jaguh agama, tapi tasbih memberi erti yang lebih besar bagi orang yang mahu mengerti tentang kelebihannya.


Pernah berlaku kepada seorang pemancing laut yang dirinya rasa kurang sihat, bagaikan ada sesuatu yang mengganggu, dengan melakukan zikir perubahan dapat dirasakan malah dirinya merasa sihat.

Kelebihan zikir yang mendapat keberkatan Allah tidak hanya di masjid, surau atau pada setiap waktu selepas solat di rumah, tapi ia boleh dilakukan di mana saja di bumi Allah yang luas ini, cuma jujur dan ikhlas di hati yang menjadi faktor utama.

Bertitik tolak dari sini, Petua Pak Nuri mengajak semua pemancing dapat mengamalkan zikir semasa memancing jika keadaan mengizinkan.

Selain itu kurangkan waktu tidur semasa memancing dan lebihkan aktiviti memancing kerana itu tujuan utama kita turun untuk memancing, semasa umpan belum disentuh ikan, zikir sangat bermakna untuk mengelak daripada keadaan kurang selesa.

Mengambil kira semua aspek keselamatan menjadi satu tanggungjawab bagi setiap pemancing tidak kira di mana lokasinya dan sentiasa mengamalkan semangat berpasukan.

Tasbih dan zikir jangan di pisahkan, bawalah ke mana anda pergi kerana kedua-duanya adalah amalan paling baik jika dapat dilagukan serentak dengan kesabaran, mohon perlindungan Allah dari sebarang kejahatan.



Sumber

No comments:

Post a Comment