Thursday 20 June 2013

Tips - Persiapan Memancing

 



Dalam dunia memancing, kita perlu tahu apakah persiapan sebelum pergi memancing. Segala kelengkapan perlu disediakan agar tidak timbul masalah semasa pergi memancing. Persiapan yang perlu dilakukan bukan sekadar mempunyai joran dan umpan yang baik tetapi juga keperluan lain. Keperluan ini tidak kurang pentingnya sebab tanpa keperluan-keperluan ini ia akan menimbulkan masalah kepada para pemancing.

Ini yang dapat membezakan antara pemancing yang berpengalaman dan tidak berpengalaman, antara pemancing berilmu ataupun kurang berilmu. Persediaan fizikal dan mental juga penting dalam memancing. Mari kita lihat apakah peralatan yang diperlukan sebelum kita turun memancing.


Peralatan seperti berikut :

Kelengkapan alat untuk memancing

Peralatan yang paling asas bagi seorang pemancing adalah joran dan mata kail. Tambahan kepada itu adalah umpan, enjin, minyak enjin dan sauh. Enjin, minyak dan sauh diperlukan bagi orang yang ingin memancing di tengah laut dan sungai. Joran, mata kail dan umpan pula berbeza bergantung kepada ikan yang ingin ditangkap.

Jaket keselamatan

Jaket keselamatan perlu ada untuk tujuan keselamatan terutama pada orang yang tidak tahu berenang. Walaupun seseorang itu berkemahiran berenang skalipun jika bermancing di kawasan berombak besar mungkin akan menyebabkan seseorang itu paning dan lemas. Adalah baiknya jika dipakaikan jaket keselamatan ini kerana malang tidak berbau.

Makanan dan minuman



Bekalan makan dan minum. Ini salah satu peralatan peting sewaktu memancing di laut misalnya kerana penhaidratan air dari tubuh badan akan berlaku maka seseorang pemancing itu perlu minum banyak air bagi mengelak dari berlaku gejala ptam dan sebagainya. Makanan dan minuman ringan ini mampu memberikan tenaga segera. Oleh itu jangan lupa membawanya.

Baju Hujan

Baju hujan digunakan untuk melindungi diri dari hujan. Kesejukan akibat hujan boleh menyebabkan badan terasa lemah dan mengalami hiportemia ataupun kesejukan terlampau yang boleh menyebabkan kekejangan ataupun pengsan.

Baju lengan panjang


Baju labuh atau bertangan panjang bagi melindungi diri dari panas, gigitan nyamuk dan agas.

Topi


Topi bagi berteduh daripada panas dan hujan. Gunakan topi yang bersesuai untuk acara memancing agar ia lebih memberi keselesaan kepada para pemancing.

Ubat-ubatan



Ubat-ubatan bagi kecemasan ataupun berasa kurang selesa. Ia perlu ada bagi setiap orang pemancing.

Tali



Tali bagi tujuan khas, digunakan untuk memanjangkan tali sauh atau digunakan untuk tujuan penyelamatan

Pisau


Pisau ataupun parang. Ini penting bagi mempertahankan diri. Boleh digunakan untuk membuang mata kail ynag terlekat pada ikan yang berduri ataupun memotong ekor ikan pari yang berbisa. Simpan di tempat yang selamat dan jahui daripada kena-kanak. 

 Sarung tangan


Walaupun nampak remeh tetapi banyak kegunaannya. Perlu untuk menarik tali pancing yang tersangkut, untuk dibuat lap tangan yang kotor dan banyak lagi.

Wisel


Wisel untuk kecemasan (termasuk jika ingin memohon bantuan jika engin rosak ataupon sedang terapong bersama life jaket. Tiupan wisel boleh menarik perhatian kaki pancing yang lain untuk datang menyelamatkan mangsa

Beg Kalis AIr


Beg kalis air sebagai tempat meletak beg serta barang pancing jika hujan. Ia boleh melindungi peralatan elektronik seperti jam tangan, telefon bimbit, manual sonar, radio dll dari terkena hujan. Dinasihatkan agar mngurangkan penggunaan plastik kerana amalan mesra alam perlu ada pada seseorang pemancing itu.

Coleman
 

 Ini penting sebagai tempat mengisi hasil tangkapan.

Lampu suluh dan ubat nyamuk


Lampu suluh, lampu ayam dan ubat nyamuk jika ingin memancing malam. Ini semuanya perlatan asas bagi memancing.


Banyak bukan? Nampak macam mudah sahaja pergi memancing, namun begitu apabila salah satu peralatan tidak disertakan mungkin menimbulkan masalah tertentu. Ini yang orang katakan “Kalau ingin memancing, buat cara hendak memancing.”

Persediaan sebelum memancing amat penting bagi menghasilkan suasana memancing yang kondusif yang akan memberikan pulngan yang selesa dan lumayan tanpa dipengaruhi oleh masalah-masalah yang remeh temeh dalam situsai memancing. Sekian terima kasih.
 
 
Source:  Hambaallah

No comments:

Post a Comment