Wednesday 5 June 2013

Tekong Ah Long sedia empat bot

Oleh Nuri Angkasa

Gambar Hiasan

SEBUT saja Pulau Terkukur, Pulau Jemur dan sekitar perairan Rumah Api dan karang serta lubuk kapal karam, dia tahu apa jenis ikan yang ada dalam kawasan berkenaan, kawasan yang meliputi perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor.
SEBUT saja Pulau Terkukur, Pulau Jemur dan sekitar perairan Rumah Api dan karang serta lubuk kapal karam, dia tahu apa jenis ikan yang ada dalam kawasan berkenaan, kawasan yang meliputi perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor.

Ah Long, 53, lahir di Jeram Sungai Buluh dan dibesarkan dalam keluarga nelayan dan mengenal laut lebih dari di darat. Malah laut banyak mengajar beliau jadi manusia paling berani bermain ombak, dan membesarnya beliau di laut penuh dengan pengalaman dan mengetahui lubuk ikan di kawasan Pulau Angsa dan sekitarnya.

Ah Long terus menjadi nelayan pada usia muda dan sesekali menjadi tekong dengan membawa pemancing. Mempunyai sebuah bot nelayan yang sederhana pada ketika itu beliau terus mengisi keyakinan untuk membeli beberapa buah bot lagi untuk di gunakan membawa pemancing di sekitar Pulau Angsa.


Hari ini, Ah Long, sudah mempunyai empat buah bot beserta dengan tekong berpengalaman yang boleh membawa pemancing hingga ke Rumah Api Beting Sedepa. Tekong seperti Khalid dan Wak Jumino paling dapat kepercayaan dari pemancing yang dibawanya, malah mereka rata-rata memuji akan rama mesra dan tunjuk ajar teknik memancing hinggakan pada cara memotong umpan. Ah Long memberikan sepenuh kepercayaan kepada tekong-tekongnya malah terus memberi taklimat pada tekongnya sebelum turun ke laut. Malah beliau tetap ada di jeti bagi menentukan kami selamat pulang.

Prinsip Ah Long mahukan pemancing yang menggunakan khidmat tekongnya pulang tidak dengan tangan kosong paling tidak ikan gelama sepang, gelama pisang (sewak) atau tetanda dan pari pasti dapat di bawa pulang, tapi mesti pergi pada air mati. “Saya tak bagi pergi mancing pada air besar, mesti pergi pada air mati,” kata Ah Long menamatkan ceritanya pada penulis yang berada di jetinya Jeram Sungai Buluh baru-baru ini.

Kepada kaki pancing yang inginkan khidmat tekong-tekong bot Ah Long boleh berhubung terus dengan beliau di talian HP: 0122363417.



Source:  Joran

No comments:

Post a Comment