Monday 6 May 2013

Ikan Tapah


             
Ikan Tapah
frames
Pengelasan saintifik
-->
Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Subfilum:Vertebrat
Kelas:Actinopterygii
Order:Siluriformes
Famili:Siluridae
Genus:Wallago
Spesies:W. attu
Binomial:Wallago attu

Ikan Tapah ialah satu spesies ikan duri air tawar dalam famili Siluridae yang terdapat di bahagian selatan Asia dari Pakistan ke Vietnam, Malaysia, dan Indonesia. Ikan ini juga dilaporkan terdapat di Afghanistan. Bandar Tapah di Perak, Malaysia, dinamai sempena ikan ini.

Taburan dan biologi

Ikan Tapah hidup di sungai dan tasik yang besar, dengan dasar sungai yang berlumpur dan air yang mengalir dengan perlahan. Ikan ini amat lembap dan biasa menyembunyikan diri di dalam lubang-lubang yang terdapat di tebing sungai dan terusan atau mengekalkan diri di dasar sungai untuk mencari makanan.
Ikan Tapah adalah pemangsa yang kuat makan. Makanan untuk ikan dewasa termasuk ikan yang lebih kecil, krustasia, dan moluska, manakala anak ikan biasanya makan serangga. Oleh itu, ikan ini adalah ikan perosak, khususnya terhadap ikan-ikan lain yang lebih bernilai.
Ikan Tapah membiak pada musim panas sebelum musim hujan. Oleh itu, banyak ikan duri ini boleh ditemukan pada musim panas.

Morfologi

Badan Ikan Tapah panjang dan amat padat. Ikan ini boleh tumbuh sehingga 2.4 meter (8 kaki) panjang. Kepalanya lebar, dengan mulut yang besar dan melekuk. Sudut-sudut mulutnya menjangkau ke belakang matanya. Gigi ikan ini amat tajam dan boleh menggigit manusia. Matanya kecil sahaja, dengan tepi di sekelilingnya. Ikan Tapah mempunyai dua pasang duri, dengan sirip dorsal yang kecil dan sirip belakang yang amat panjang.

Rujukan

  • Wallago attu. FishBase. Ed. Ranier Froese dan Daniel Pauly. Versi Mac 2006. N.p.: FishBase, 2006.
  • Wallago attu (TSN 164079). Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Diperolehi pada 6 Jun 2006.


Source:   Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

No comments:

Post a Comment