Sunday 21 April 2013

Ghani pandai memasak, tahu lubuk karang

 

Oleh Nuri Angkasa

Dazali Abdul Karim
Dazali Abdul Karim
BAGI anak kelahiran Kampung Mukut, Pulau Tioman, Dazali Abdul Karim, 50, atau lebih dikenali sebagai Tekong Ghani, beliau tidak menolak hakikat bahawa laut banyak mengajarnya menjadi manusia sejati yang tabah menghadapi sebarang cabaran.
BAGI anak kelahiran Kampung Mukut, Pulau Tioman, Dazali Abdul Karim, 50, atau lebih dikenali sebagai Tekong Ghani, beliau tidak menolak hakikat bahawa laut banyak mengajarnya menjadi manusia sejati yang tabah menghadapi sebarang cabaran.

Beliau yang membesar dalam keluarga nelayan ketika kecil bersama adiknya, Rosli yang juga tekong menjadikan pantai dan laut Kampung Mukut serta Kampung Asah sebagai padang permainan sekali gus tempat mencari rezeki.

Ghani yang memperoleh ilmu laut daripada orang tuanya, sanggup berdepan dengan cabaran seperti angin kencang, ribut dan gelombang besar bagi mengejar cita-cita untuk menjadi seorang pelaut yang terkenal.

Berkat ketabahan dan kecekalan, Ghani kini mampu menarik nafas lega kerana beliau antara tekong yang disegani di perairan Pulau Tioman dan Pulau Pemanggil. Sebagai tekong, keselesaan pemancing yang dibawanya serta menjaga keselamatan mereka perlu diutamakan.

“Jangan sesekali berjanji dengan laut. Sebab itu, saya sentiasa memberi ingatan kepada pemancing supaya mengutamakan keselamatan,” kata Ghani sambil mengakui bahawa pemancing yang dibawa ada bermacam ragam. Namun sudah menjadi tanggungjawabnya memahami dan memberi teguran ketika mereka berada di atas bot demi keselamatan.

Tekong Ghani, seorang yang pendiam tetapi tidak lokek dengan ilmu laut dan sering membantu pemancing dalam semua hal.

Selain itu, beliau pandai memasak. Sesetengah pelanggan yang dibawanya menggelarkan beliau sebagai Chef Ghani, tukang masak nombor satu ketika di laut dan tekong cemerlang kerana bijak mencari lubuk atau karang semula jadi yang tiada bertanda.

Beliau melakukan pendekatan berpindah jika lokasi tidak dapat memberi kepuasan pemancing selepas 30 minit bot berlabuh.

“Kita kena cari lubuk atau karang yang ada ikan sampai jumpa untuk berlabuh,” kata beliau membuat pengakuan yang sekali gus mencerminkan keikhlasan hati yang tentunya dapat mengikat kepercayaan pemancing.

Kepada pemancing yang berminat untuk mendapatkan khidmat Tekong Ghani boleh menghubungi: 013-6094623


Source:  Joran

No comments:

Post a Comment