Sunday 7 April 2013

Ajiking Products

 
























KEKILI ini antara rangkaian produk terbaru Ajiking menonjolkan ciri-ciri 'low profile' untuk memastikan ia mampu mengikut cita rasa kaki pancing yang menggemari sesuatu yang tahan lasak.
Professional Spin AirMaxx

KEKILI ini antara rangkaian produk terbaru Ajiking menonjolkan ciri-ciri 'low profile' untuk memastikan ia mampu mengikut cita rasa kaki pancing yang menggemari sesuatu yang tahan lasak.

Professional Spin AirMaxx direka khas untuk mereka yang gemari memancing dengan teknik jigging dan fly berdasarkan ciri-ciri yang terbina di dalam sistem kekili termasuk lima bebola keluli serta sistem klac sehala.

Kekili daripada grafit Jepun ini mampu mengharungi keadaan yang memerlukan sesuatu yang tahan lasak serta sistem rotor diimbangi dengan komputer untuk mendapatkan putaran yang lancar. Ia didatangkan dalam model PS 2000, PS 3000, PS 4000 dan PS 5000. Makluman: 04-4841628 atau www.tcetackles.com.my

Ajiking Pro Jigger

KEKILI multiplier ini dilengkapi enan bebola keluli buatan Jepun yang tahan karat. Bahagian luar daripada aluminium yang setaraf dengan pembikinan pesawat, T6061 yang direkabentuk menggunakan mesin bagi mendapatkan kekemasan serta tahan lasak.

Pemutar dan pemegang pemutar turut dihasil menggunakan potongan mesin bagi penghasilan yang bermutu tinggi bagi memenuhi cita rasa kaki pancing. Ratio 6:0:1 menggambarkan kepantasan karauan produk terbaru ini manakala sistem seretan mampu mencecah sehingga 15 kilogram.

Kekili multiplier ini sesuai digunakan untuk teknik jigging dan didatangkan dalam warna keemasan, perak, hijau, biru dan merah.

Tel: 04-4841628 atau www.tcetackles.com.my

Kemeja, seluar Columbia
PRODUK aktiviti luar, Columbia menampilkan dua keluaran terbaru yang sesuai termasuk untuk memancing - kemeja lengan pendek Bahamas dan seluar pendek ROC.

Seluar pendek ROC (AM 4194) diperbuat 100 peratus kapas yang melalui proses cucian Enzyme Stonewash. Bahan Omni Shade UPF50 untuk membuat seluar ini turut mampu melindungi pemakainya daripada sinaran UV. Harga yang disyorkan: RM139.

Baju lengan pendek Bahamas (FM7047) pula 100 peratus nilon Backcounty Cloth II dan mudah kering. Ia turut sesuai untuk kegiatan luar termasuk memancing. Ia disifatkan baju yang selesa untuk mereka yang menggemari aktiviti luar dan lasak. Ia turut menggunakan Omni Shade UPF50 Garment yang mampu melindungi sinaran UV. Semua produk Columbia boleh didapati di rangkaian World Of Sports. Harga disyorkan: RM159. Tel: 03-91010212.




Source:  Joran

No comments:

Post a Comment