Sunday 16 December 2012

Persediaan Memancing

Persediaan Memancing
RATA-RATA kaki pancing mengakui bahawa keputusan untuk turun memancing pada saat-saat akhir mempunyai pelbagai masalah terutama akan ada barang penting yang tertinggal sama ada di rumah atau di jeti.


Langkah paling baik lagi berkesan mengikut pengalaman Pak Nuri ialah bersedia lebih awal. Ini termasuk menyediakan peralatan pancing yang perlu dibawa disimpan dalam kotak khas walaupun tarikh untuk turun memancing masih belum tiba.Kita mahu berkongsi pengalaman yang berlaku kepada ramai kaki pancing sering tertinggal barang keperluan memancing. Ini disebabkan kecuaian sendiri dan tergesa-gesa atau menempatkan barang pancing tidak pada satu tempat yang mudah dilihat.


Malah ada yang tertinggal di tempat letak kereta atau jeti ketika mereka memunggah barang pada waktu malam atau tergesa-gesa kerana hujan. Ada rakan dari Kuantan baru-baru ini, kehilangan peralatan memancing bernilai ribuan RM. Ini gara-gara mereka tergesa-gesa lari ke hotel dan bertawakal dengan meninggalkan perkakasan itu di kenderaan. Esoknya, semua perkakasan lesap. Hendak memancing pun tidak ada lagi semangat.
.

Justeru, kerana sikap tergesa-gesa inilah maka sering berlaku peralatan pancing tertinggal atau lesap.Pengalaman beberapa orang rakan pancing membuatkan Pak Nuri ingin berkongsi untuk mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya membuat persediaan lebih awal lalu menyimpan barang keperluan yang diperlukan dalam satu tempat dan batang joran juga tidak terkecuali.

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat mengelak daripada masalah lupa atas sebab-sebab tertentu atau terlalu banyak berfikir. jadi, apabila teringat saja barang yang perlu dibawa, kita perlu segera mencarinya atau membuat persediaan. Tempat paling baik untuk disimpan ialah dalam kotak khas yang akan dibawa memancing. Kotak itu elok dimasukkan terus ke dalam bonet kereta.


Seperkara lagi kita (pemancing) sering mengabaikan ketika memunggah barang adalah lebih baik barang berkenaan dihimpun dalam satu tempat yang besar daripada mengasingkannya dalam kumpulan kecil yang banyak.Pengalaman yang dirasakan oleh sebilangan ramai kaki pancing Pak Nuri sarankan bahawa cara menyimpan barang keperluan memancing pada satu tempat dijadikan petua yang mesti diamalkan kerana beringat-ingat dulu itu satu kebaikan daripada tertinggal yang akhirnya misi atau trip dilakukan dengan penuh kekurangan peralatan atau kita terpaksa berputih mata.
.

sumber drp Joran, Berita Harian

Read More: http://gofishtalk.com/forum/topics/persediaan-memancing

No comments:

Post a Comment