Saturday 17 November 2012

Raja Udang Tomman

TCE Takles menampilkan kekili menegak Raja Udang Tomman yang terbaru kepada pemancing yang gemarkan aktiviti memancing laut dan air tawar. Dilengkapi gegelung aluminium yang diperkuatkan dengan satu alas bebola bakal memberikan keselesaan kepada pemancing untuk menaikkan ikan skala sederhana dan besar.




Raja Udang Tomman

TCE Takles menampilkan kekili menegak Raja Udang Tomman yang terbaru kepada pemancing yang gemarkan aktiviti memancing laut dan air tawar. Dilengkapi gegelung aluminium yang diperkuatkan dengan satu alas bebola bakal memberikan keselesaan kepada pemancing untuk menaikkan ikan skala sederhana dan besar.

Turut dipertingkatkan, sistem keseimbangan rotor, pengayuh tahan karat berkeupayaan tinggi ketika berada di air masin. Disesuaikan juga dengan penggera ketika ikan meragut umpan.

Produk ini pasti memuaskan anda apabila memilikinya. Tersedia dalam warna perak/hitam dan boleh memuatkan tali sehingga 70 meter dengan diameter 0.25 milimeter. Untuk pertanyaan hubungi TCE Tackles di talian 04-4844524.



Bot Marine Explorer E320

Explorer Marin Centre Sdn Bhd menampilkan edisi terbaru produknya kepada peminat bot yang gemarkan aktiviti memancing atau menjadikannya sebagai bot komersial di laut dan sungai.

Bot sepanjang 32 kaki ini mampu memuatkan sehingga 20 orang dan dilihat antara produk yang berkualiti dari Marine Explorer dan disifatkan bakal memberikan kepuasan kepada pemiliknya.

Pilihan deck sama ada jenis terbuka atau tertutup serta rekaan bentuk terkini dan dilengkapi enjin sehingga 225 kuasa kuda, tidak memberi sebarang masalah untuk meredah ombak di mana-mana perairan. Maklumat lanjut hubungi 03-89457258 atau layari laman web www.explorermarine.com.my.


52 Quart Xtreme Cooler Coleman

Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, memperkenalkan kotak sejuk 52 Quart Xtreme Cooler untuk muatan isian barangan supaya tahan lebih lama ketika melakukan aktiviti perkhemahan, memburu dan memancing dalam hutan dan kawasan pergunungan

Ciri-ciri produk ini, berupaya menyimpan sebanyak 82 tin minuman sehingga lima hari dengan keadaan suhu 90 darjah celsius, dilengkapi dua pemegang untuk memudahkan dibawa ke mana-mana dan selain itu terbina daripada bahan tahan lasak.

Saiz luaran 27.75" x 14.95" x 17.25’ dan dalaman 20.5" x 8.75" x 12.25". Untuk pertanyaan lanjut hubungi UFL Outdoors di talian 03-22825721.


Read More:  http://gofishtalk.com/forum/topics/raja-udang-tomman-1
Sumber:
http://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/ProdukBaru/20100116105257/Article/index_html

No comments:

Post a Comment